Punca buta Kebutaan

Kecacatan penglihatan teruk berpunca daripada banyak sebab:

Penyakit

Kebanyakan kecacatan penglihatan disebabkan oleh penyakit dan kekurangan zat. Menurut anggaran WHO pada 2002, kebanyakan punca buta diseluruh dunia adalah:

Mereka di negara membangun adalah lebih ramai mengalami kecacatan penglihatan disebabkan keadaan yang boleh dihalang berbanding mereka yang terdapat di negara maju. Sementara kecacatan penglihatan adalah biasa dikalangan mereka berusia melebihi 60 tahun merentasi semua region, kanak-kanak dalam masyarakat miskin lebih cenderung menghadapi masalah penyakit berbanding rakan sebaya yang kaya.

Kaitan antara kemiskinan dan kecacatan penglihatan yang boleh dirawat adalah lebih jelas apabila melakukan perbandingan punca secara regional. Kebanyakan kecacatan penglihatan dewasa di Amerika Utara dan Eropah Barat adalah berkait dengan lumpuh makular disebabkan faktor usia (age-related macular degeneration) dan berkait dengan penyakit kencing manis diabetic retinopathy. Walaupun kedua keadaan ini boleh dirawat, keduanya tidak boleh sembuh sepenuhnya.

Di negara membangun, di mana jangka hayat adalah lebih singkat, katarak dan parasit bawaan air—keduanya yang boleh dirawat secara berkesan—sering kali punca utama (sebagai contoh, lihat Buta sungai). Daripada anggaran 40 juta orang buta di seluruh dunia, 70–80% mampu dipulihkan penglihatan sebahagian atau sepenuhnya melalui rawatan.

Di negara membangun di mana penyakit parasit tidan meluas dan pembedahan katarak lebih mudah didapati, lumpuh makular disebabkan faktor usia seperti, glaukoma, dan diabetic retinopathy biasanya merupakan punca utama kebutaan[10].

Keadaan luar biasa dan kecederaan

Kecederaan mata, sering kali berlaku dikalangan mereka di bawah 30 tahun, merupakan punca uta,a buta sebelah mata di Amerika Syarikat. Kecederaan dan kataraks memberi kesan kepada mata itu sendiri, sementara keluarbiasaan seperti hypoplasia saraf optik (optic nerve hypoplasia) memberi kesan kepada himpunan saraf yang menghantar isyarat dari mata kepada belakang otak, yang mampu mendorong kepada kekaburan penglihatan.

Mereka dengan kecederaan pada occipital lobe di otak boleh, walaupun mempunyai mata dan saraf optik yang tidak rosak, masih boleh dikelaskan sebagai sah buta atau buta sepenuhnya.

Kecacatan genetik

Mereka dengan albinisme sering kali menderita kecacatan penglihatan sehingga pada tahap ramai adalah sah buta, sungguhpun hanya sedikit dari mereka buta sepenuhnya. kongenital amaurosis Leber mampu menyebabkan buta sepenuhnya atau kehilangan penglihatan teruk semenjak lahir atau awal kanak-kanak.

Kemajuan terkini dalam pemetaan gen genome manusia telah mengenal pasti punca genetik lain yang menyebabkan penglihatan kabur atau kebutaan. Salah satu contoh adalah sindrom Bardet-Biedl.

Keracunan

Sebahagian kecil dari kesemua kes kebutaan disebabkan oleh memakan bahan kimia tertentu. Contoh yang paling terkenal adalah metanol yang terdapat dalam spirit bermetil yang kadang kala digunakan oleh peminum arak sebagai gantian murah bagi minuman beralkohol biasa.

Tindakan sengaja

Kebutaan telah digunakan sebagai tindakan membalas dendam dan penyiksaan dalam sesetengah kes, bagi merampas deria utama seseorang yang diperlukan bagi berinteraksi atau bergerak di dunia ini, bertindak bebas sepenuhnya, dan menyedari keadaan sekeliling mereka.